September 29, 2004

Manual ringkas cara memuat turun dan menggunakan pengkompil C yang dibekalkan oleh OUM

Oleh: Ebenezer Godomon (ebenezer at oum dot edu dot my)
Versi 2. September 2004

Nota:
(a) bermakna tekan kekunci Enter.
(b) C compiler = pengkompil C

Langkah-langkah am:
1 muat turun winzip dari www.oum.edu.my - tak perlu jika anda menggunakan windows xp.
2 muat turun (download) pengkompil c dari lms.oum.edu.my
3 pasang/instal winzip jika perlu
4 dwiketik C_compiler.zip
5 nyahmampat (extract) ke folder di cakera komputer cth, c:\windows\desktop
6 pergi ke persekitaran DOS
7 maksimumkan paparan ke skrin penuh (fullscreen) jika perlu
8 gunakan arahan tc untuk memulakan persekitaran turbo c. tekan Esc dua kali.
9 Dalam turbo C, gunakan arahan-arahan berikut:
Alt-F-S : untuk menyimpan fail
Alt-C-M : untuk mengkompil aturcara dan mengubah bahasa paras tinggi C kepada
bahasa mesin (executable file)
Alt-F-Q : pergi ke persekitaran DOS agar dapat melarikan (run) atucara yang telah dikompil.
F6: tekan kekunci ini untuk kembali ke persekitaran turbo c sekiranya ada ralat (error) pada aturcara


---------------------------------------------------------------------------------------
Langkah-langkah terperinci:

Muat turun (download) winzip dari laman web OUM

nota:
(a) Langkah ini hanya perlu dilaksanakan sekali sahaja.
(b) C_Compiler.zip adalah sebuah fail yang dimampatkan (compressed/zipped) dan mengandungi lebih daripada 80 buah fail yang diperlukan untuk melarikan perisian pengkompil C. Anda perlukan Winzip untuk menyahmampatkannya (uncompress/unzip). Walaubagaimanapun, anda tidak perlukan winzip jika anda menggunakan sistem pengoperasian Windows XP, kerana ia mempunyai perisian penyahmampatan secara "built in".

muat-turun winzip90.exe
nota: Langkah ini hanya perlu jika anda menggunakan windows versi sebelum XP. Jika anda menggunakan windows XP, sila pergi ke langkah 2 di bawah.

masuk ke internet
mulakan pelayar web (Internet Explorer dsb)
pergi ke laman web www.oum.edu.my dan login menggunakan nama login dan kata laluan (password) anda di bahagian Username dan Password di penjuru kanan atas skrin. Klik butang Login.
Tunggu sehingga anda telah berjaya login, yang akan ditunjukkan apabila dipaparkan teks seperti berikut di penjuru kanan atas skrin:
Welcome, [nama login anda]
di bahagian Staff@OUM di sebelah kiri skrin, di bawah submenu "menu", klik "download".
Sebuah skrin baru akan dipaparkan.
klik "Winzip 8.1" yang terletak di kategori "Software"
Sebuah tetingkap baru, iaitu tetingkap untuk memuat turun perisian winzip akan muncul.
Sebuah kotak dialog berjodol File DOwnload akan dipaparkan. Ketik butang "Save".
Sebuah kota dialog berjodol Save As akan dipaparkan. Ketik butang "Save" sekali lagi.
Sebuah kota dialog yang memberitahu peratusan perisian ini selesai dimuat turun akan dipaparkan.
Tunggu sehingga statusnya adalah 100 peratus, di mana anda mungkin dikehendaki mengetik butang "Close".

Muat turun C_Compiler.zip dari laman web myLMS

Jika anda telah berada dalam laman web oum, klik ikon myLMS.
Dalam kategori myCourseList, klik Pengaturcaraan Komputer (CBCP2103)
Skrol (scroll) ke bawah sekali di laman web Announcement (CBCP2103) dan klik C_compiler.zip
Sebuah tetingkap baru, iaitu tetingkap untuk memuat turun fail C_compiler.zip akan muncul.
Sebuah kotak dialog berjodol File DOwnload akan dipaparkan. Ketik butang "Save".
Sebuah kota dialog berjodol Save As akan dipaparkan. Ketik butang "Save" sekali lagi.
Sebuah kota dialog yang memberitahu peratusan perisian ini selesai dimuat turun akan dipaparkan.
Tunggu sehingga statusnya adalah 100 peratus, di mana anda mungkin dikehendaki mengetik butang "Close".

Cara menginstal C-compiler

Jika anda menggunakan sistem pengoperasian Windows XP (Home atau Pro):
Jika anda dwiketik ikon c-compiler.zip yang anda muatturun(download) itu ia akan menunjukkan semua fail yg ada dlm compiler tersebut. Anda perlu ketik arahan "Extract" (atau setara dengannya) di sebelah kiri tetingkap, dan perlu pilih mana-mana tempat yg sesuai. Contoh: di c:\my documents\c_compiler.

Jika anda menggunakan sistem pengoperasian yang lebih awal daripada Windows XP (contoh: Win98, Win ME):
Jika anda dwiketik ikon c-compiler.zip yang anda muatturun (download) itu perisian Winzip akan menunjukkan semua fail yg ada dlm compiler tersebut. Anda perlu ketik ikon "Extract" (yang terletak di "toolbar"), dan perlu pilih mana-mana tempat yg sesuai. Contoh: di c:\my documents\c_compiler.

Cara menggunakan persekitaran Turbo C untuk membuat aturcara C

Nota: Apa yg anda telah buat tadi adalah menginstal aturcara "Turbo C" iaitu suatu persekitaran yg boleh digunakan utk membuat aturcara C.

Sebelum memulakan Turbo C, untuk memudahkan anda, saya sarankan anda pastikan anda berada dalam folder Turbo C dengan cara masuk ke dalam folder yang mengandungi Turbo C ini. Tujuannya adalah agar anda tidak perlu bersusah-payah untuk menaip untuk pergi ke folder ini dalam persekitaran DOS nanti. COntoh: dwiketik ikon My Documents di desktop, kemudian dwiketik ikon c_compiler.

Untuk melarikan aturcara Turbo C iaitu persekitaran yg diperlukan untuk membuat aturcara C, anda perlu pergi ke "DOS Prompt". Terdapat beberapa cara untuk berbuat begini, tetapi bagi saya cara yg termudah adalah dengan mengklik Start-Run, kemudian menaip "command" (tanpa tanda quotes) kemudian tekan kekunci Enter.

Untuk memulakan editor atau persekitaran pengaturcaraan turbo C, taip tc dan tekan Enter.
Selepas itu tekan kekunci Esc (escape) sebanyak dua kali.

Di sinilah anda boleh bermula untuk menaip aturcara dalam bahasa C.

Mungkin mouse tidak berfungsi dalam aturcara turbo c ini, jadi anda perlu menggunakan kekunci enter dan anak panah untuk "berjalan" dalam skrin.

Melarikan (run) aturcara C

Terdapat beberapa cara untuk membuat perkara ini, tetapi cara yang telah saya tunjukkan adalah seperti berikut:

Untuk menyimpan fail, anda perlu tekan Alt pada masa yang sama dengan kekunci F, kemudian tekan kekunci S (Alt-F-C). Selepas itu anda perlu taipkan nama aturcara ini (pastikan ia berakhir dengan .C) kemudian tekan Enter.

Setelah selesai menaip aturcara, gunakan arahan Alt-C-M untuk mengkompil aturcara dan mengubah bahasa paras tinggi C kepada bahasa mesin (executable file)
Jika ada ralat pada aturcara, perkataan "Errors" akan dipaparkan pada tetingkap "Linking".
Tekan mana-mana kekunci (cth: Enter), kemudian tekan kekunci F6 untuk kembali ke persekitaran pengaturcaraan.
Betulkan kesilapan, kemudian gunakan arahan Alt-C-M untuk mengulangi proses pengkompilan.
Apabila ralat sudah selesai diperbetulkan, gunakan arahan Alt-F-Q utk pergi ke persekitaran DOS agar dapat melarikan (run) atucara yang telah dikompil. Berikan nama fail jika perlu/dipinta.

Anda boleh cuba melarikan aturcara anda dengan menaip nama aturcara anda.
Contoh: ben
Output aturcara akan dipaparkan di skrin.

Makluman tambahan tentang menaip aturcara C dalam persekitaran Turbo C

Sila taip aturcara-aturcara dalam mukasurat 41 dan 87 dalam nota modul CBCP2103 sebagai latihan anda.

Latihan tambahan adalah seperti berikut. Cuba taip, kompil dan larikan. Selamat mencuba.

/* aturcara 1*/
#include
void main() {
int hasil;
hasil = 15/4;
printf("%d", hasil);
}
---------------------------------------------------------------------------------
/* aturcara 2*/
#include
void main() {
printf("%.1f", 15/4.0);
}
---------------------------------------------------------------------------------
/* aturcara 3*/
#include
void main() {
printf("%f\n", (float)15/4);
printf("%.1f\n", (float)15/4);
printf("%.2f\n", 15/(float)4);
}